Muat turun Dropbox
Barang anda, di mana sahaja

Pasangkan pakej yang sesuai jika anda mahu menggunakan Dropbox pada Desktop Linux anda.
Jika pengedaran anda tidak tersenarai, maka pilih "Compile from Source"

Ubuntu (.deb) 64-bit 32-bit
Fedora (.rpm) 64-bit 32-bit
Debian (.deb) 64-bit 32-bit
Kompil dari sumber

Perhatian: Pakej ini memasang aplikasi pembantu sumber terbuka. Versi aplikasi ini tidak akan selalu berubah seperti aplikasi Dropbox yang utama. Pakej ini akan sentiasa memasang versi Dropbox untuk Linux yang terkini.


Pemasangan Dropbox Tanpa Kepala melalui baris perintah

Daemon Dropbox berfungsi dengan baik pada semua pelayan Linux 32 bit dan 64 bit. Untuk memasang, jalankan arahan berikut dalam terminal Linux anda.

32-bit:

cd ~ && wget -O - "https://www.dropbox.com/download?plat=lnx.x86" | tar xzf -

64-bit:

cd ~ && wget -O - "https://www.dropbox.com/download?plat=lnx.x86_64" | tar xzf -

Kemudian, jalankan daemon Dropbox dari folder .dropbox-dist yang baru dicipta.

~/.dropbox-dist/dropboxd

Jika anda menjalankan Dropbox pada pelayan anda untuk kali pertama, anda akan diminta untuk menyalin dan menampal pautan di dalam pelayan yang berfungsi untuk mencipta akaun baru atau menambah pelayan anda ke akaun sedia ada. Sebaik anda melakukannya, folder Dropbox anda akan dicipta dalam direktori utama anda. Muat turun skrip Python ini untuk mengawal Dropbox dari baris perintah. Untuk akses mudah, letakkan pautan simbolik kepada skrip di mana sahaja dalam PATH anda.