Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.
Disiarkan: 20 Februari 2014
Berkuat kuasa : 24 March 2014
Terima kasih kerana menggunakan Dropbox! Terma-terma perkhidmatan ("Terma") ini merangkumi penggunaan dan akses anda ke perkhidmatan, perisian klien dan laman web ("Perkhidmatan") yang disediakan oleh Dropbox, Inc. Dasar Privasi kami menerangkan cara kami mengumpul dan menggunakan maklumat anda sementara Polisi Penggunaan Boleh Diterima menggariskan tanggungjawab anda apabila menggunakan Perkhidmatan kami. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma ini, dan untuk mengkaji polisi Privasi dan Penggunaan Boleh Diterima kami. Jika anda menggunakan Perkhidmatan kami untuk mana-mana organisasi, anda bersetuju dengan Terma ini bagi pihak organisasi tersebut.
Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda memberikan kami perkara seperti fail, kandungan, mesej e-mel, kenalan anda dan sebagainya ("Barang Anda"). Barang anda adalah kepunyaan anda. Terma ini tidak memberikan kami apa-apa hak kepada Barang Anda kecuali hak-hak terhad yang membolehkan kami menawarkan Perkhidmatan.
Kami perlukan keizinan anda untuk melakukan beberapa perkara seperti menempatkan Barang Anda, membuat sandaran, dan berkongsinya apabila diminta oleh anda. Perkhidmatan kami juga menyediakan anda dengan ciri-ciri seperti gambar kenit foto, pratonton dokumen, pengaturan e-mel, penyusunan mudah, suntingan, perkongsian dan pencarian. Ciri-ciri ini dan yang lain mungkin memerlukan sistem kami untuk mengakses, menyimpan dan mengimbas Barang Anda. Anda memberikan kami keizinan untuk melakukan perkara-perkara ini, dan keizinan ini dilanjutkan kepada pihak ketiga yang dipercayai yang bekerjasama dengan kami.
Perkhidmatan kami membolehkan anda berkongsi Barang Anda dengan orang lain, jadi sila pertimbangkan dengan teliti tentang apa yang anda kongsi.
Anda bertanggungjawab atas tingkah laku anda, Barang Anda dan anda perlu mematuhi Polisi Penggunaan Boleh Diterima kami. Kandungan di dalam Perkhidmatan mungkin dilindungi oleh hak harta intelek orang lain. Jangan salin, muat naik, muat turun atau kongsi kandungan melainkan anda mempunyai hak berbuat demikian.
Kami boleh mengkaji kelakuan dan kandungan anda untuk mematuhi Terma ini dan Polisi Penggunaan Diterima. Walaupun begitu, kami tidak diwajibkan berbuat demikian. Kami tidak bertanggungjawab atas kandungan yang orang ramai catat dan kongsi melalui Perkhidmatan.
Sila lindungi kata laluan Perkhidmatan anda, pastikan orang lain tiada akses padanya, dan pastikan maklumat akaun anda sentiasa dikemas kini.
Akhir sekali, Perkhidmatan kami tidak ditujukan untuk dan tidak boleh digunakan oleh mereka yang berumur bawah 13 tahun. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda menyatakan bahawa anda melebihi 13 tahun.
Sesetengah Perkhidmatan kami membenarkan anda memuat turun perisian klien ("Perisian") yang mungkin dikemas kini secara automatik. Selagi anda mematuhi Terma ini, kami memberikan anda lesen terhad, yang tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, dan boleh dibatalkan untuk menggunakan Perisian, semata-mata untuk mengakses Perkhidmatan. Setakat mana sebarang komponen Perisian boleh ditawarkan di bawah lesen sumber terbuka, kami akan menjadikan lesen tersebut tersedia untuk anda dan peruntukan lesen tersebut dengan jelas boleh membatalkan beberapa Terma ini. Melainkan sekatan berikut dilarang oleh undang-undang, anda bersetuju untuk tidak menyongsangkan kejuruteraan atau menguraikan Perkhidmatan, mencuba berbuat demikian, atau membantu orang lain berbuat demikian.
Perkhidmatan dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan, dan undang-undang AS dan negara asing yang lain. Terma ini tidak memberikan anda apa-apa hak, hak milik atau kepentingan dalam Perkhidmatan, kandungan orang lain dalam Perkhidmatan, cap dagangan, logo dan ciri-ciri jenama Dropbox yang lain. Kami mengalu-alukan maklum balas, tetapi ambil perhatian bahawa kami boleh menggunakan komen atau cadangan tanpa sebarang kewajipan kepada anda.
Kami menghormati harta intelek orang lain dan meminta anda melakukan yang sama. Kami akan menjawab notis dakwaan pelanggaran hak cipta jika ia mematuhi undang-undang, dan notis seperti itu hendaklah dilaporkan menggunakan Proses DMCA kami. Kami berhak menghapuskan atau melumpuhkan kandungan yang didakwa melanggar dan menamatkan akaun pesalah berulang. Ejen khusus kami untuk notis dakwaan pelanggaran hak cipta berkenaan Perkhidmatan adalah:
Copyright Agent
Dropbox, Inc.
185 Berry Street, Suite 400
San Francisco, CA 94107
copyright@dropbox.com
Bil. Anda boleh menambah ruang simpanan anda dan menambah ciri-ciri berbayar ke akaun anda (menjadikan akaun anda "Akaun Berbayar"). Kami akan menghantar bil kepada anda secara automatik dari tarikh anda menukar ke Akaun Berbayar dan setiap pembaharuan berkala sehingga pembatalan. Anda bertanggungjawab untuk semua cukai yang dikenakan, dan kami akan mengenakan cukai apabila dikehendaki berbuat demikian.
Tiada Pulangan. Anda boleh membatalkan Akaun Berbayar Dropbox pada bila-bila masa tetapi anda tidak akan diberikan pulangan.
Turun Taraf. Akaun Berbayar anda akan kekal berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan atau ditamatkan di bawah Terma ini. Jika anda tidak membayar Akaun Berbayar anda pada masanya, kami berhak menggantungnya atau mengurangkan simpanan anda ke tahap ruang percuma.
Perubahan. Kami boleh mengubah kadar yang sedang digunakan tetapi akan memberi anda notis terlebih dahulu berkenaan perubahan ini melalui mesej kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda.
Alamat e-mel. Jika anda mendaftar untuk akaun Dropbox dengan alamat e-mel yang disediakan oleh majikan anda, majikan anda boleh menyekat penggunaan Dropbox anda sehingga anda beralih kepada akaun Dropbox untuk Perniagaan atau anda mengaitkan akaun Dropbox anda dengan alamat e-mel peribadi.
Menggunakan Dropbox untuk Perniagaan. Jika anda menyertai akaun Dropbox untuk Perniagaan, anda mesti menggunakannya dengan mematuhi syarat-syarat dan polisi majikan anda. Sila ambil perhatian bahawa akaun Dropbox untuk Perniagaan adalah tertakluk pada kawalan majikan anda. Pentadbir anda mungkin boleh mengakses, mendedah, menyekat, atau membuang maklumat di dalam atau daripada akaun Dropbox untuk Perniagaan anda. Mereka juga mungkin boleh menyekat atau menamatkan akses anda ke akaun Dropbox untuk Perniagaan. Jika anda menukar akaun Dropbox sedia ada menjadi akaun Dropbox untuk Perniagaan, pentadbir anda boleh menghalang anda daripada membuang kaitan akaun anda daripada akaun Dropbox untuk Perniagaan.
Anda bebas untuk berhenti menggunakan Perkhidmatan kami pada bila-bila masa. Kami juga berhak untuk menggantung atau menamatkan Perkhidmatan pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami dan tanpa notis. Contohnya, kami boleh menggantung atau menamatkan penggunaan Perkhidmatan jika anda tidak mematuhi Terma ini, atau menggunakan Perkhidmatan dengan cara yang akan menyebabkan liabiliti undang-undang kepada kami, mengganggu Perkhidmatan atau mengganggu penggunaan Perkhidmatan oleh orang lain. Kecuali bagi Akaun Berbayar, kami berhak untuk menamatkan dan menghapuskan akaun anda jika anda tidak mengakses Perkhidmatan kami selama 12 bulan berturut-turut. Kami akan memberikan anda notis melalui alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda sebelum berbuat demikian.
Kami berusaha untuk menyediakan Perkhidmatan yang baik, tetapi ada beberapa perkara yang kami tidak dapat jamin. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DROPBOX DAN SEKUTU, PEMBEKAL DAN PENGEDARNYA TIDAK MENJAMIN, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, MENGENAI PERKHIDMATAN. PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN ADALAH "SEBAGAIMANA SEDIA ADA." KAMI JUGA MENAFIKAN SEBARANG JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN KETIDAKLANGGARAN. Sesetengah negeri tidak membenarkan penafian dalam perenggan ini, jadi ia mungkin tidak diguna pakai kepada anda.
SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DROPBOX, SEKUTU, PEMBEKAL ATAU PENGEDARNYA SEKALI-KALI TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS (A) APA-APA KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, PUNITIF, TELADAN ATAU TURUTAN ATAU SEBARANG KEHILANGAN PENGGUNAAN, DATA, PERNIAGAAN, ATAU KEUNTUNGAN, TANPA MENGIRA TEORI UNDANG-UNDANG, SAMA ADA DROPBOX TELAH DIBERI AMARAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEPERTI ITU, DAN WALAUPUN JIKA REMEDI GAGAL TUJUAN ASALNYA; (B) LIABILITI AGREGAT UNTUK SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN PERKHIDMATAN MELEBIHI $20 ATAU AMAUN YANG DIBAYAR OLEH ANDA KEPADA DROPBOX SEPANJANG 12 BULAN LEPAS UNTUK PERKHIDMATAN YANG BERKENAAN, MANA YANG LEBIH TINGGI. Sesetengah negeri tidak membenarkan jenis batasan dalam perenggan ini, jadi ia mungkin tidak diguna pakai kepada anda.
Mari Cuba Selesaikan Terlebih Dahulu. Kami ingin menyelesaikan masalah anda tanpa memerlukan kes mahkamah rasmi. Sebelum memfailkan tuntutan terhadap Dropbox, anda bersetuju untuk cuba menyelesaikan pertikaian secara tidak rasmi dengan menghubungi dispute-notice@dropbox.com. Kami akan cuba menyelesaikan pertikaian ini secara tidak rasmi dengan menghubungi anda melalui e-mel. Jika pertikaian tidak diselesaikan dalam tempoh 15 hari setelah diserahkan, anda atau Dropbox boleh memulakan prosiding rasmi.
Kita Berdua Setuju Untuk Menimbang Tara. Anda dan Dropbox bersetuju untuk menyelesaikan apa-apa tuntutan yang berkaitan dengan Terma atau Perkhidmatan ini melalui timbang tara yang muktamad dan mengikat, kecuali seperti yang dinyatakan dalam Pengecualian terhadap Perjanjian untuk menimbang tara di bawah.
Memilih Keluar Daripada Perjanjian untuk Menimbang Tara. Anda boleh menolak perjanjian untuk menimbang tara ini dengan mengklik di sini dan menyerahkan borang pilih keluar dalam tempoh 30 hari selepas menerima Terma ini.
Prosedur Timbang Tara. American Arbitration Association (AAA) akan mentadbir timbang tara di bawah Peraturan Timbang Tara Komersil dan Prosedur Tambahan untuk Pertikaian Berkaitan Pelanggan. Timbang tara ini akan diadakan di daerah Amerika Syarikat di mana anda tinggal atau bekerja, San Francisco (CA), atau mana-mana lokasi lain yang kami persetujui.
Yuran dan Insentif Timbang Tara. Peraturan AAA akan mentadbir pembayaran bagi semua yuran timbang tara. Dropbox akan membayar semua yuran timbang tara untuk tuntutan kurang daripada $75,000. Jika anda menerima keputusan timbang tara yang lebih baik daripada apa-apa tawaran yang kami buat untuk menyelesaikan tuntutan, kami akan membayar anda $1,000 sebagai tambahan kepada keputusan itu. Dropbox tidak akan menuntut upah dan kos guaman timbang tara kecuali penimbang tara menentukan bahawa tuntutan anda remeh.
Pengecualian terhadap Perjanjian untuk Menimbang Tara. Sama ada anda atau Dropbox boleh membuat tuntutan, jika layak, di mahkamah tuntutan kecil di San Francisco (CA) atau mana-mana daerah Amerika Syarikat yang anda tinggal atau bekerja. Mana-mana pihak boleh membuat tuntutan mahkamah semata-mata untuk relief injunksi untuk menghentikan penggunaan tanpa kebenaran atau penyalahgunaan Perkhidmatan, atau pelanggaran hak harta intelek (contohnya, tanda dagang, rahsia perdagangan, hak cipta atau hak paten) tanpa terlebih dahulu terlibat dalam timbang tara atau proses penyelesaian pertikaian tidak rasmi seperti yang diterangkan di atas.
Tiada Tindakan Kumpulan. Anda hanya boleh menyelesaikan pertikaian dengan kami secara individu, dan tidak boleh membawa tuntutan sebagai plaintif atau ahli kumpulan dalam tindakan berkumpulan, penggabungan, atau berwakil. Timbang tara kumpulan, tindakan kumpulan, tindakan peguam negara secara sulit, dan penggabungan dengan timbang tara yang lain tidak dibenarkan.
Forum kehakiman untuk pertikaian. Dalam keadaan di mana persetujuan untuk menimbang tara didapati tidak boleh diguna pakai terhadap tuntutan anda, anda dan Dropbox bersetuju bahawa sebarang prosiding kehakiman (selain daripada tindakan menuntut) akan dibawakan ke mahkamah persekutuan atau wilayah San Francisco County (CA). Anda dan Dropbox bersetuju dengan tempat dan bidang kuasa peribadi di sana.
Terma ini akan ditadbir oleh undang-undang California kecuali untuk percanggahan prinsip undang-undangnya.
Terma ini merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dan Dropbox berkenaan kandungan Terma ini, dan ia membatalkan dan menggantikan sebarang perjanjian sementara yang lain sebelum ini, atau terma dan syarat yang terpakai terhadap kandungan Terma ini. Terma ini tidak mewujudkan hak benefisiari pihak ketiga.
Kegagalan Dropbox untuk menguatkuasakan peruntukan bukanlah penepian bagi haknya untuk berbuat demikian selepas ini. Jika peruntukan didapati tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan Terma selebihnya akan terus berkuat kuasa sepenuhnya dan terma yang boleh dikuatkuasakan akan digantikan mencerminkan hasrat kami sebaik mungkin. Anda tidak boleh menyerahkan sebarang hak anda di bawah Terma ini, dan sebarang cubaan adalah tidak sah. `
Kami boleh menyemak semula Terma dari masa ke masa, dan akan sentiasa menyiarkan versi terkini pada laman web kami. Jika semakan mengurangkan hak-hak anda, kami akan memaklumkan anda (contohnya dengan menghantar mesej kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda, menyiarkan di blog kami atau pada halaman ini). Dengan terus menggunakan atau mengakses Perkhidmatan selepas semakan berkuat kuasa, anda bersetuju untuk diikat oleh Terma yang disemak semula.
Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.
Disiarkan: 13 Februari 2015
Terima kasih kerana menggunakan Dropbox! Di sini kami terangkan cara kami mengumpul, menggunakan dan mengendalikan maklumat anda apabila anda menggunakan laman web, perisian dan perkhidmatan ("Perkhidmatan") kami.
Kami mengumpul dan menggunakan maklumat berikut untuk menyediakan, memperbaiki dan melindungi Perkhidmatan kami:
Akaun. Kami mengumpul dan mengaitkan dengan akaun anda, maklumat seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon, maklumat pembayaran, dan alamat anda. Sesetengah perkhidmatan kami membolehkan anda mengakses akaun anda dan maklumat anda dengan pembekal perkhidmatan yang lain.
Perkhidmatan. Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, kami menyimpan, memproses dan menghantar fail anda (termasuk barang seperti gambar anda, data berstruktur dan e-mel) dan maklumat yang berkaitan dengannya (contohnya, tag lokasi dalam gambar). Jika anda memberikan kami akses ke kenalan anda, kami akan menyimpan kenalan tersebut pada pelayan kami untuk anda gunakan. Ini akan memudahkan anda untuk melakukan perkara seperti berkongsi barang anda, menghantar e-mel, dan menjemput orang lain untuk menggunakan Perkhidmatan.
Penggunaan. Kami akan mengumpul maklumat daripada dan tentang peranti yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan. Ini termasuk perkara seperti alamat IP, jenis pelayar dan peranti yang anda gunakan, laman web yang anda lawati sebelum masuk ke laman web kami, dan pengenalan yang berkaitan dengan peranti anda. Peranti anda (bergantung pada tetapan mereka) juga mungkin menghantar maklumat lokasi kepada Perkhidmatan.
Kuki dan teknologi-teknologi lain. Kami menggunakan teknologi seperti kuki dan tag piksel untuk menyediakan, memperbaiki, melindungi dan mempromosi Perkhimatan kami. Contohnya, kuki membantu kami dengan perkara seperti mengingati nama pengguna anda untuk lawatan anda yang seterusnya, memahami cara anda berinteraksi dengan Perkhidmatan kami, dan memperbaikinya berdasarkan maklumat tersebut. Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk tidak menerima kuki, tetapi ini mungkin membataskan keupayaan anda untuk menggunakan Perkhidmatan. Jika sistem kami menerima isyarat DNT:1 daripada pelayar anda, kami akan bertindak balas terhadap isyarat tersebut seperti yang digariskan di sini.
Kami mungkin berkongsi maklumat seperti yang dibincangkan di bawah, tetapi kami tidak akan menjualnya kepada pengiklan atau pihak ketiga yang lain.
Pihak lain yang bekerja untuk Dropbox. Dropbox menggunakan pihak ketiga tertentu yang dipercayai untuk membantu kami memberikan, memperbaiki, melindungi, dan mempromosi Perkhidmatan kami. Pihak ketiga ini akan mengakses maklumat anda hanya untuk melaksanakan tugas bagi pihak kami dan mematuhi Dasar Privasi ini.
Pengguna lain. Perkhidmatan kami memaparkan maklumat seperti nama dan alamat e-mel anda kepada pengguna lain di beberapa tempat seperti profil pengguna dan pemberitahuan perkongsian anda. Ciri-ciri tertentu membolehkan anda mendedahkan maklumat tambahan kepada pengguna lain.
Aplikasi lain. Anda juga boleh memberi pihak ketiga akses ke maklumat dan akaun anda - contohnya melalui API Dropbox. Hanya ingat bahawa penggunaan maklumat anda akan ditadbir oleh dasar privasi dan terma mereka.
Pentadbir Dropbox untuk Perniagaan. Jika anda pengguna Dropbox untuk Perniagaan, pentadbir anda mungkin mempunyai keupayaan untuk mengakses dan mengawal akaun Dropbox untuk Perniagaan anda. Sila rujuk polisi dalaman majikan anda jika anda mempunyai soalan tentang perkara ini. Jika anda bukan pengguna Dropbox untuk Perniagaan tetapi berinteraksi dengan pengguna Dropbox untuk Perniagaan (contohnya dengan menyertai folder kongsian atau mengakses barang yang dikongsi oleh pengguna itu), ahli-ahli organisasi itu mungkin boleh melihat nama, alamat e-mel dan alamat IP yang dikaitkan dengan akaun anda semasa interaksi berlaku.
Undang-undang & Perintah. Kami boleh mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga jika kami pasti bahawa pendedahan tersebut diperlukan secara munasabah untuk (a) mematuhi undang-undang; (b) melindungi seseorang daripada kematian atau kecederaan fizikal yang serius; (c) mencegah penipuan atau penyalahgunaan Dropbox atau pengguna kami, atau (d) melindungi hak harta Dropbox.
Pengawasan data anda adalah penting bagi kami dan merupakan tanggungjawab yang kami rangkul. Kami percaya bahawa data pengguna kami harus menerima perlindungan undang-undang yang sama tanpa mengira sama ada ia disimpan pada perkhidmatan kami atau pada pemacu keras komputer di rumah mereka. Kami akan berpegang dengan Prinsip Permintaan Kerajaan yang berikut apabila menerima, meneliti dan membalas permintaan kerajaan terhadap data pengguna kami:
Keselamatan. Kami mempunyai pasukan yang berdedikasi mengekalkan keselamatan maklumat anda dan menguji sebarang kelemahan. Kami juga terus berusaha memperbaiki ciri-ciri untuk mengekalkan keselamatan maklumat anda di samping perkara seperti pengesahan dua faktor, penyulitan fail ketika rehat, dan amaran apabila peranti dan apl baru dikaitkan ke akaun anda.
Pemegangan. Kami akan memegang maklumat yang anda simpan pada Perkhidmatan kami selagi kami memerlukannya untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Jika anda menghapuskan akaun anda, kami juga akan menghapuskan maklumat ini. Tetapi sila ambil perhatian: (1) mungkin akan terdapat kelewatan dalam menghapuskan maklumat ini daripada pelayan dan penyimpanan sandaran kami; dan (2) kami boleh memegang maklumat ini jika perlu untuk mematuhi keperluan undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian, atau menguat kuasa perjanjian kami.
Di seluruh dunia. Untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda, kami boleh menyimpan, memproses dan menghantar maklumat di lokasi seluruh dunia - termasuk yang di luar negara anda. Maklumat juga boleh disimpan secara tempatan pada peranti yang anda guna untuk mengakses Perkhidmatan.
Safe Harbor. Dropbox mematuhi rangka kerja dan prinsip EU-A.S. dan Swiss-A.S. Safe Harbor ("Safe Harbor"). Kami telah mengesahkan pematuhan kami, dan anda boleh melihat pensijilan kami di sini. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Safe Harbor dengan melawat http://export.gov/safeharbor. JAMS merupakan organisasi bebas yang bertanggungjawab mengkaji dan menyelesaikan aduan mengenai pematuhan Safe Harbor kami. Kami minta anda mengemukakan sebarang aduan seperti itu secara terus kepada kami terlebih dahulu melalui privacy@dropbox.com. Jika anda tidak berpuas hati dengan respons kami, sila hubungi JAMS di http://www.jamsinternational.com/rules-procedures/safeharbor/file-safe-harbor-claim.
Jika kami terlibat dalam rombakan semula, penggabungan, ambil alih atau penjualan aset kami, maklumat anda mungkin akan dipindahkan sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut. Kami akan memaklumkan anda (contohnya, melalui mesej kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda) berkenaan sebarang perjanjian seperti itu dan menggariskan pilihan anda dalam keadaan tersebut.
Kami boleh menyemak semula Dasar Privasi ini dari masa ke masa, dan akan menyiarkan versi terkini di laman web kami. Jika semakan tersebut mengurangkan hak-hak anda, kami akan memaklumkan anda.
Ada soalan atau kebimbangan mengenai Dropbox, Perkhidmatan atau privasi kami? Hubungi kami di privacy@dropbox.com.
Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.
Disiarkan: 20 Februari 2014
Berkuat kuasa : 24 March 2014
Perjanjian Dropbox untuk Perniagaan ini ("Perjanjian") dibuat antara Dropbox, Inc., sebuah perbadanan Delaware ("Dropbox") dan organisasi yang bersetuju dengan terma berikut ("Pelanggan"). Perjanjian ini menentukan akses ke dan penggunaan perisian klien Dropbox untuk Perniagaan ("Perisian") dan perkhidmatan (bersama, "Perkhidmatan" atau "Dropbox untuk Perniagaan". Dengan mengklik "Saya Bersetuju," menandatangani kontrak untuk Perkhidmatan atau menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan Perjanjian ini sebagai Pelanggan. Jika anda menyetujui Perjanjian ini untuk penggunaan Perkhidmatan oleh sebuah organisasi, anda menyetujui Perjanjian ini bagi pihak organisasi itu. Anda harus mempunyai kuasa untuk mengikat organisasi tersebut dengan Perjanjian ini, jika tidak, anda tidak seharusnya mendaftar untuk Perkhidmatan.
Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.
Dropbox (“Dropbox”) menghormati hak milik intelektual orang lain dan menghendaki penggunanya untuk melakukan yang sama. Selaras dengan Digital Millennium Copyright Act bagi tahun 1998, yang mana teksnya boleh didapati di laman web Pejabat Hak Cipta A.S. di http://www.copyright.gov/legislation/dmca.pdf, Dropbox akan memberi respons dengan pantas terhadap dakwaan pelanggaran hak cipta yang dilakukan menggunakan perkhidmatan Dropbox dan/atau laman web Dropbox (“Tapak”) jika dakwaan tersebut dilaporkan kepada Ejen Hak Cipta Khusus Dropbox yang dikenal pasti dalam notis contoh di bawah.
Jika anda adalah pemilik hak cipta, dibenarkan untuk bertindak bagi pihak pemilik, atau dibenarkan untuk bertindak di bawah sebarang hak eksklusif di bawah hak cipta, sila laporkan dakwaan pelanggaran hak cipta yang berlaku pada atau melalui Tapak dengan melengkapkan Notis Dakwaan Pelanggaran DMCA berikut dan menghantarkannya ke Ejen Hak Cipta Khusus Dropbox. Selepas menerima Notis seperti yang diterangkan di bawah, Dropbox akan mengambil apa-apa tindakan, mengikut budi bicaranya sendiri, yang dianggap sesuai, termasuk pembuangan kandungan yang dicabar daripada Tapak.
Notis Dakwaan Pelanggaran DMCA ("Notis")
Kenal pasti karya hak cipta yang anda dakwa telah dilanggar, atau - jika karya berhak cipta telah diliputi oleh Notis ini - anda boleh memberi senarai wakil karya berhak cipta yang anda dakwa telah dilanggar.
Kenal pasti bahan atau pautan yang anda dakwa melanggar (atau menjadi bahan bagi aktiviti yang melanggar) dan yang akses kepadanya telah dinyahdayakan, termasuk pada minimum, jika berkenaan, URL pautan yang dipaparkan di Tapak atau lokasi sebenarnya di mana bahan tersebut boleh didapati.
Berikan ahli gabungan syarikat anda (jika berkenaan), alamat mel, nombor telefon, dan, jika ada, alamat e-mel.
“I hereby state that I have a good faith belief that the disputed use of the copyrighted material is not authorized by the copyright owner, its agent, or the law (e.g., as a fair use).” (“Saya dengan ini menyatakan bahawa saya mempunyai kepercayaan dengan niat baik bahawa pertikaian penggunaan bahan hak cipta tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau undang-undang (contohnya, sebagai penggunaan yang adil).”)
“I hereby state that the information in this Notice is accurate and, under penalty of perjury, that I am the owner, or authorized to act on behalf of, the owner, of the copyright or of an exclusive right under the copyright that is allegedly infringed.” (“Saya dengan ini menyatakan bahawa maklumat dalam Notis ini adalah tepat dan, di bawah hukuman sumpah bohong, bahawa saya merupakan pemilik, atau diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik, hak cipta atau hak eksklusif di bawah hak cipta yang didakwa telah dilanggar.”)
Berikan nama penuh anda yang sah dan tandatangan elektronik atau fizikal anda.
Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.
Dropbox digunakan oleh jutaan orang, dan kami berbangga dengan kepercayaan yang diberikan kepada kami. Sebagai balasan, kami percaya anda menggunakan perkhidmatan kami dengan penuh tanggungjawab.
Anda bersetuju untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan Dropbox ("Perkhidmatan") atau membantu orang lain untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, anda tidak boleh cuba melakukan mana-mana yang berikut berhubung dengan Perkhidmatan: