Terma Perkhidmatan
Dasar Privasi
Perjanjian Perniagaan
Dasar DMCA
Penggunaan Boleh Diterima

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Syarat Perkhidmatan Dropbox

Disiarkan: 20 Februari 2014

Berkuat kuasa : 24 March 2014

Terima kasih kerana menggunakan Dropbox! Terma-terma perkhidmatan ("Terma") ini merangkumi penggunaan dan akses anda ke perkhidmatan, perisian klien dan laman web ("Perkhidmatan") yang disediakan oleh Dropbox, Inc. Dasar Privasi kami menerangkan cara kami mengumpul dan menggunakan maklumat anda sementara Polisi Penggunaan Boleh Diterima menggariskan tanggungjawab anda apabila menggunakan Perkhidmatan kami. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma ini, dan untuk mengkaji polisi Privasi dan Penggunaan Boleh Diterima kami. Jika anda menggunakan Perkhidmatan kami untuk mana-mana organisasi, anda bersetuju dengan Terma ini bagi pihak organisasi tersebut.

Barang Anda & Keizinan Anda

Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda memberikan kami perkara seperti fail, kandungan, mesej e-mel, kenalan anda dan sebagainya ("Barang Anda"). Barang anda adalah kepunyaan anda. Terma ini tidak memberikan kami apa-apa hak kepada Barang Anda kecuali hak-hak terhad yang membolehkan kami menawarkan Perkhidmatan.

Kami perlukan keizinan anda untuk melakukan beberapa perkara seperti menempatkan Barang Anda, membuat sandaran, dan berkongsinya apabila diminta oleh anda. Perkhidmatan kami juga menyediakan anda dengan ciri-ciri seperti gambar kenit foto, pratonton dokumen, pengaturan e-mel, penyusunan mudah, suntingan, perkongsian dan pencarian. Ciri-ciri ini dan yang lain mungkin memerlukan sistem kami untuk mengakses, menyimpan dan mengimbas Barang Anda. Anda memberikan kami keizinan untuk melakukan perkara-perkara ini, dan keizinan ini dilanjutkan kepada pihak ketiga yang dipercayai yang bekerjasama dengan kami.

Berkongsi Barang Milik Anda

Perkhidmatan kami membolehkan anda berkongsi Barang Anda dengan orang lain, jadi sila pertimbangkan dengan teliti tentang apa yang anda kongsi.

Tanggungjawab Anda

Anda bertanggungjawab atas tingkah laku anda, Barang Anda dan anda perlu mematuhi Polisi Penggunaan Boleh Diterima kami. Kandungan di dalam Perkhidmatan mungkin dilindungi oleh hak harta intelek orang lain. Jangan salin, muat naik, muat turun atau kongsi kandungan melainkan anda mempunyai hak berbuat demikian.

Kami boleh mengkaji kelakuan dan kandungan anda untuk mematuhi Terma ini dan Polisi Penggunaan Diterima. Walaupun begitu, kami tidak diwajibkan berbuat demikian. Kami tidak bertanggungjawab atas kandungan yang orang ramai catat dan kongsi melalui Perkhidmatan.

Sila lindungi kata laluan Perkhidmatan anda, pastikan orang lain tiada akses padanya, dan pastikan maklumat akaun anda sentiasa dikemas kini.

Akhir sekali, Perkhidmatan kami tidak ditujukan untuk dan tidak boleh digunakan oleh mereka yang berumur bawah 13 tahun. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda menyatakan bahawa anda melebihi 13 tahun.

Perisian

Sesetengah Perkhidmatan kami membenarkan anda memuat turun perisian klien ("Perisian") yang mungkin dikemas kini secara automatik. Selagi anda mematuhi Terma ini, kami memberikan anda lesen terhad, yang tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, dan boleh dibatalkan untuk menggunakan Perisian, semata-mata untuk mengakses Perkhidmatan. Setakat mana sebarang komponen Perisian boleh ditawarkan di bawah lesen sumber terbuka, kami akan menjadikan lesen tersebut tersedia untuk anda dan peruntukan lesen tersebut dengan jelas boleh membatalkan beberapa Terma ini. Melainkan sekatan berikut dilarang oleh undang-undang, anda bersetuju untuk tidak menyongsangkan kejuruteraan atau menguraikan Perkhidmatan, mencuba berbuat demikian, atau membantu orang lain berbuat demikian.

Barang Kami

Perkhidmatan dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan, dan undang-undang AS dan negara asing yang lain. Terma ini tidak memberikan anda apa-apa hak, hak milik atau kepentingan dalam Perkhidmatan, kandungan orang lain dalam Perkhidmatan, cap dagangan, logo dan ciri-ciri jenama Dropbox yang lain. Kami mengalu-alukan maklum balas, tetapi ambil perhatian bahawa kami boleh menggunakan komen atau cadangan tanpa sebarang kewajipan kepada anda.

Hak cipta

Kami menghormati harta intelek orang lain dan meminta anda melakukan yang sama. Kami akan menjawab notis dakwaan pelanggaran hak cipta jika ia mematuhi undang-undang, dan notis seperti itu hendaklah dilaporkan menggunakan Proses DMCA kami. Kami berhak menghapuskan atau melumpuhkan kandungan yang didakwa melanggar dan menamatkan akaun pesalah berulang. Ejen khusus kami untuk notis dakwaan pelanggaran hak cipta berkenaan Perkhidmatan adalah:

Copyright Agent
Dropbox, Inc.
185 Berry Street, Suite 400
San Francisco, CA 94107
copyright@dropbox.com

Akaun Berbayar

Bil. Anda boleh menambah ruang simpanan anda dan menambah ciri-ciri berbayar ke akaun anda (menjadikan akaun anda "Akaun Berbayar"). Kami akan menghantar bil kepada anda secara automatik dari tarikh anda menukar ke Akaun Berbayar dan setiap pembaharuan berkala sehingga pembatalan. Anda bertanggungjawab untuk semua cukai yang dikenakan, dan kami akan mengenakan cukai apabila dikehendaki berbuat demikian.

Tiada Pulangan. Anda boleh membatalkan Akaun Berbayar Dropbox pada bila-bila masa tetapi anda tidak akan diberikan pulangan.

Turun Taraf. Akaun Berbayar anda akan kekal berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan atau ditamatkan di bawah Terma ini. Jika anda tidak membayar Akaun Berbayar anda pada masanya, kami berhak menggantungnya atau mengurangkan simpanan anda ke tahap ruang percuma.

Perubahan. Kami boleh mengubah kadar yang sedang digunakan tetapi akan memberi anda notis terlebih dahulu berkenaan perubahan ini melalui mesej kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda.

Dropbox untuk Perniagaan

Alamat e-mel. Jika anda mendaftar untuk akaun Dropbox dengan alamat e-mel yang disediakan oleh majikan anda, majikan anda boleh menyekat penggunaan Dropbox anda sehingga anda beralih kepada akaun Dropbox untuk Perniagaan atau anda mengaitkan akaun Dropbox anda dengan alamat e-mel peribadi.

Menggunakan Dropbox untuk Perniagaan. Jika anda menyertai akaun Dropbox untuk Perniagaan, anda mesti menggunakannya dengan mematuhi syarat-syarat dan polisi majikan anda. Sila ambil perhatian bahawa akaun Dropbox untuk Perniagaan adalah tertakluk pada kawalan majikan anda. Pentadbir anda mungkin boleh mengakses, mendedah, menyekat, atau membuang maklumat di dalam atau daripada akaun Dropbox untuk Perniagaan anda. Mereka juga mungkin boleh menyekat atau menamatkan akses anda ke akaun Dropbox untuk Perniagaan. Jika anda menukar akaun Dropbox sedia ada menjadi akaun Dropbox untuk Perniagaan, pentadbir anda boleh menghalang anda daripada membuang kaitan akaun anda daripada akaun Dropbox untuk Perniagaan.

Penamatan

Anda bebas untuk berhenti menggunakan Perkhidmatan kami pada bila-bila masa. Kami juga berhak untuk menggantung atau menamatkan Perkhidmatan pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami dan tanpa notis. Contohnya, kami boleh menggantung atau menamatkan penggunaan Perkhidmatan jika anda tidak mematuhi Terma ini, atau menggunakan Perkhidmatan dengan cara yang akan menyebabkan liabiliti undang-undang kepada kami, mengganggu Perkhidmatan atau mengganggu penggunaan Perkhidmatan oleh orang lain. Kecuali bagi Akaun Berbayar, kami berhak untuk menamatkan dan menghapuskan akaun anda jika anda tidak mengakses Perkhidmatan kami selama 12 bulan berturut-turut. Kami akan memberikan anda notis melalui alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda sebelum berbuat demikian.

Perkhidmatan "SEBAGAIMANA SEDIA ADA"

Kami berusaha untuk menyediakan Perkhidmatan yang baik, tetapi ada beberapa perkara yang kami tidak dapat jamin. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DROPBOX DAN SEKUTU, PEMBEKAL DAN PENGEDARNYA TIDAK MENJAMIN, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, MENGENAI PERKHIDMATAN. PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN ADALAH "SEBAGAIMANA SEDIA ADA." KAMI JUGA MENAFIKAN SEBARANG JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN KETIDAKLANGGARAN. Sesetengah negeri tidak membenarkan penafian dalam perenggan ini, jadi ia mungkin tidak diguna pakai kepada anda.

Pembatasan Liabiliti

SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DROPBOX, SEKUTU, PEMBEKAL ATAU PENGEDARNYA SEKALI-KALI TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS (A) APA-APA KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, PUNITIF, TELADAN ATAU TURUTAN ATAU SEBARANG KEHILANGAN PENGGUNAAN, DATA, PERNIAGAAN, ATAU KEUNTUNGAN, TANPA MENGIRA TEORI UNDANG-UNDANG, SAMA ADA DROPBOX TELAH DIBERI AMARAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEPERTI ITU, DAN WALAUPUN JIKA REMEDI GAGAL TUJUAN ASALNYA; (B) LIABILITI AGREGAT UNTUK SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN PERKHIDMATAN MELEBIHI $20 ATAU AMAUN YANG DIBAYAR OLEH ANDA KEPADA DROPBOX SEPANJANG 12 BULAN LEPAS UNTUK PERKHIDMATAN YANG BERKENAAN, MANA YANG LEBIH TINGGI. Sesetengah negeri tidak membenarkan jenis batasan dalam perenggan ini, jadi ia mungkin tidak diguna pakai kepada anda.

Menyelesaikan Pertikaian

Mari Cuba Selesaikan Terlebih Dahulu. Kami ingin menyelesaikan masalah anda tanpa memerlukan kes mahkamah rasmi. Sebelum memfailkan tuntutan terhadap Dropbox, anda bersetuju untuk cuba menyelesaikan pertikaian secara tidak rasmi dengan menghubungi dispute-notice@dropbox.com. Kami akan cuba menyelesaikan pertikaian ini secara tidak rasmi dengan menghubungi anda melalui e-mel. Jika pertikaian tidak diselesaikan dalam tempoh 15 hari setelah diserahkan, anda atau Dropbox boleh memulakan prosiding rasmi.

Kita Berdua Setuju Untuk Menimbang Tara. Anda dan Dropbox bersetuju untuk menyelesaikan apa-apa tuntutan yang berkaitan dengan Terma atau Perkhidmatan ini melalui timbang tara yang muktamad dan mengikat, kecuali seperti yang dinyatakan dalam Pengecualian terhadap Perjanjian untuk menimbang tara di bawah.

Memilih Keluar Daripada Perjanjian untuk Menimbang Tara. Anda boleh menolak perjanjian untuk menimbang tara ini dengan mengklik di sini dan menyerahkan borang pilih keluar dalam tempoh 30 hari selepas menerima Terma ini.

Prosedur Timbang Tara. American Arbitration Association (AAA) akan mentadbir timbang tara di bawah Peraturan Timbang Tara Komersil dan Prosedur Tambahan untuk Pertikaian Berkaitan Pelanggan. Timbang tara ini akan diadakan di daerah Amerika Syarikat di mana anda tinggal atau bekerja, San Francisco (CA), atau mana-mana lokasi lain yang kami persetujui.

Yuran dan Insentif Timbang Tara. Peraturan AAA akan mentadbir pembayaran bagi semua yuran timbang tara. Dropbox akan membayar semua yuran timbang tara untuk tuntutan kurang daripada $75,000. Jika anda menerima keputusan timbang tara yang lebih baik daripada apa-apa tawaran yang kami buat untuk menyelesaikan tuntutan, kami akan membayar anda $1,000 sebagai tambahan kepada keputusan itu. Dropbox tidak akan menuntut upah dan kos guaman timbang tara kecuali penimbang tara menentukan bahawa tuntutan anda remeh.

Pengecualian terhadap Perjanjian untuk Menimbang Tara. Sama ada anda atau Dropbox boleh membuat tuntutan, jika layak, di mahkamah tuntutan kecil di San Francisco (CA) atau mana-mana daerah Amerika Syarikat yang anda tinggal atau bekerja. Mana-mana pihak boleh membuat tuntutan mahkamah semata-mata untuk relief injunksi untuk menghentikan penggunaan tanpa kebenaran atau penyalahgunaan Perkhidmatan, atau pelanggaran hak harta intelek (contohnya, tanda dagang, rahsia perdagangan, hak cipta atau hak paten) tanpa terlebih dahulu terlibat dalam timbang tara atau proses penyelesaian pertikaian tidak rasmi seperti yang diterangkan di atas.

Tiada Tindakan Kumpulan. Anda hanya boleh menyelesaikan pertikaian dengan kami secara individu, dan tidak boleh membawa tuntutan sebagai plaintif atau ahli kumpulan dalam tindakan berkumpulan, penggabungan, atau berwakil. Timbang tara kumpulan, tindakan kumpulan, tindakan peguam negara secara sulit, dan penggabungan dengan timbang tara yang lain tidak dibenarkan.

Forum kehakiman untuk pertikaian. Dalam keadaan di mana persetujuan untuk menimbang tara didapati tidak boleh diguna pakai terhadap tuntutan anda, anda dan Dropbox bersetuju bahawa sebarang prosiding kehakiman (selain daripada tindakan menuntut) akan dibawakan ke mahkamah persekutuan atau wilayah San Francisco County (CA). Anda dan Dropbox bersetuju dengan tempat dan bidang kuasa peribadi di sana.

Undang-undang yang Mengawal

Terma ini akan ditadbir oleh undang-undang California kecuali untuk percanggahan prinsip undang-undangnya.

Keseluruhan Perjanjian

Terma ini merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dan Dropbox berkenaan kandungan Terma ini, dan ia membatalkan dan menggantikan sebarang perjanjian sementara yang lain sebelum ini, atau terma dan syarat yang terpakai terhadap kandungan Terma ini. Terma ini tidak mewujudkan hak benefisiari pihak ketiga.

Penepian, Kebolehasingan & Penyerahan

Kegagalan Dropbox untuk menguatkuasakan peruntukan bukanlah penepian bagi haknya untuk berbuat demikian selepas ini. Jika peruntukan didapati tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan Terma selebihnya akan terus berkuat kuasa sepenuhnya dan terma yang boleh dikuatkuasakan akan digantikan mencerminkan hasrat kami sebaik mungkin. Anda tidak boleh menyerahkan sebarang hak anda di bawah Terma ini, dan sebarang cubaan adalah tidak sah. `

Pengubahsuaian

Kami boleh menyemak semula Terma dari masa ke masa, dan akan sentiasa menyiarkan versi terkini pada laman web kami. Jika semakan mengurangkan hak-hak anda, kami akan memaklumkan anda (contohnya dengan menghantar mesej kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda, menyiarkan di blog kami atau pada halaman ini). Dengan terus menggunakan atau mengakses Perkhidmatan selepas semakan berkuat kuasa, anda bersetuju untuk diikat oleh Terma yang disemak semula.

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Dasar Keselamatan Dropbox

Disiarkan: 13 Februari 2015

Terima kasih kerana menggunakan Dropbox! Di sini kami terangkan cara kami mengumpul, menggunakan dan mengendalikan maklumat anda apabila anda menggunakan laman web, perisian dan perkhidmatan ("Perkhidmatan") kami.

Apa & Mengapa

Kami mengumpul dan menggunakan maklumat berikut untuk menyediakan, memperbaiki dan melindungi Perkhidmatan kami:

Akaun. Kami mengumpul dan mengaitkan dengan akaun anda, maklumat seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon, maklumat pembayaran, dan alamat anda. Sesetengah perkhidmatan kami membolehkan anda mengakses akaun anda dan maklumat anda dengan pembekal perkhidmatan yang lain.

Perkhidmatan. Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, kami menyimpan, memproses dan menghantar fail anda (termasuk barang seperti gambar anda, data berstruktur dan e-mel) dan maklumat yang berkaitan dengannya (contohnya, tag lokasi dalam gambar). Jika anda memberikan kami akses ke kenalan anda, kami akan menyimpan kenalan tersebut pada pelayan kami untuk anda gunakan. Ini akan memudahkan anda untuk melakukan perkara seperti berkongsi barang anda, menghantar e-mel, dan menjemput orang lain untuk menggunakan Perkhidmatan.

Penggunaan. Kami akan mengumpul maklumat daripada dan tentang peranti yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan. Ini termasuk perkara seperti alamat IP, jenis pelayar dan peranti yang anda gunakan, laman web yang anda lawati sebelum masuk ke laman web kami, dan pengenalan yang berkaitan dengan peranti anda. Peranti anda (bergantung pada tetapan mereka) juga mungkin menghantar maklumat lokasi kepada Perkhidmatan.

Kuki dan teknologi-teknologi lain. Kami menggunakan teknologi seperti kuki dan tag piksel untuk menyediakan, memperbaiki, melindungi dan mempromosi Perkhimatan kami. Contohnya, kuki membantu kami dengan perkara seperti mengingati nama pengguna anda untuk lawatan anda yang seterusnya, memahami cara anda berinteraksi dengan Perkhidmatan kami, dan memperbaikinya berdasarkan maklumat tersebut. Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk tidak menerima kuki, tetapi ini mungkin membataskan keupayaan anda untuk menggunakan Perkhidmatan. Jika sistem kami menerima isyarat DNT:1 daripada pelayar anda, kami akan bertindak balas terhadap isyarat tersebut seperti yang digariskan di sini.

Dengan siapa

Kami mungkin berkongsi maklumat seperti yang dibincangkan di bawah, tetapi kami tidak akan menjualnya kepada pengiklan atau pihak ketiga yang lain.

Pihak lain yang bekerja untuk Dropbox. Dropbox menggunakan pihak ketiga tertentu yang dipercayai untuk membantu kami memberikan, memperbaiki, melindungi, dan mempromosi Perkhidmatan kami. Pihak ketiga ini akan mengakses maklumat anda hanya untuk melaksanakan tugas bagi pihak kami dan mematuhi Dasar Privasi ini.

Pengguna lain. Perkhidmatan kami memaparkan maklumat seperti nama dan alamat e-mel anda kepada pengguna lain di beberapa tempat seperti profil pengguna dan pemberitahuan perkongsian anda. Ciri-ciri tertentu membolehkan anda mendedahkan maklumat tambahan kepada pengguna lain.

Aplikasi lain. Anda juga boleh memberi pihak ketiga akses ke maklumat dan akaun anda - contohnya melalui API Dropbox. Hanya ingat bahawa penggunaan maklumat anda akan ditadbir oleh dasar privasi dan terma mereka.

Pentadbir Dropbox untuk Perniagaan. Jika anda pengguna Dropbox untuk Perniagaan, pentadbir anda mungkin mempunyai keupayaan untuk mengakses dan mengawal akaun Dropbox untuk Perniagaan anda. Sila rujuk polisi dalaman majikan anda jika anda mempunyai soalan tentang perkara ini. Jika anda bukan pengguna Dropbox untuk Perniagaan tetapi berinteraksi dengan pengguna Dropbox untuk Perniagaan (contohnya dengan menyertai folder kongsian atau mengakses barang yang dikongsi oleh pengguna itu), ahli-ahli organisasi itu mungkin boleh melihat nama, alamat e-mel dan alamat IP yang dikaitkan dengan akaun anda semasa interaksi berlaku.

Undang-undang & Perintah. Kami boleh mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga jika kami pasti bahawa pendedahan tersebut diperlukan secara munasabah untuk (a) mematuhi undang-undang; (b) melindungi seseorang daripada kematian atau kecederaan fizikal yang serius; (c) mencegah penipuan atau penyalahgunaan Dropbox atau pengguna kami, atau (d) melindungi hak harta Dropbox.

Pengawasan data anda adalah penting bagi kami dan merupakan tanggungjawab yang kami rangkul. Kami percaya bahawa data pengguna kami harus menerima perlindungan undang-undang yang sama tanpa mengira sama ada ia disimpan pada perkhidmatan kami atau pada pemacu keras komputer di rumah mereka. Kami akan berpegang dengan Prinsip Permintaan Kerajaan yang berikut apabila menerima, meneliti dan membalas permintaan kerajaan terhadap data pengguna kami:

  • Sentiasa telus,
  • Mempersoalkan permintaan yang tidak spesifik,
  • Melindungi semua pengguna, dan
  • Menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai.
Sila lawati Prinsip Permintaan Kerajaan dan Laporan Ketelusan kami untuk maklumat lebih lanjut.

Bagaimana

Keselamatan. Kami mempunyai pasukan yang berdedikasi mengekalkan keselamatan maklumat anda dan menguji sebarang kelemahan. Kami juga terus berusaha memperbaiki ciri-ciri untuk mengekalkan keselamatan maklumat anda di samping perkara seperti pengesahan dua faktor, penyulitan fail ketika rehat, dan amaran apabila peranti dan apl baru dikaitkan ke akaun anda.

Pemegangan. Kami akan memegang maklumat yang anda simpan pada Perkhidmatan kami selagi kami memerlukannya untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Jika anda menghapuskan akaun anda, kami juga akan menghapuskan maklumat ini. Tetapi sila ambil perhatian: (1) mungkin akan terdapat kelewatan dalam menghapuskan maklumat ini daripada pelayan dan penyimpanan sandaran kami; dan (2) kami boleh memegang maklumat ini jika perlu untuk mematuhi keperluan undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian, atau menguat kuasa perjanjian kami.

Di mana

Di seluruh dunia. Untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda, kami boleh menyimpan, memproses dan menghantar maklumat di lokasi seluruh dunia - termasuk yang di luar negara anda. Maklumat juga boleh disimpan secara tempatan pada peranti yang anda guna untuk mengakses Perkhidmatan.

Safe Harbor. Dropbox mematuhi rangka kerja dan prinsip EU-A.S. dan Swiss-A.S. Safe Harbor ("Safe Harbor"). Kami telah mengesahkan pematuhan kami, dan anda boleh melihat pensijilan kami di sini. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Safe Harbor dengan melawat http://export.gov/safeharbor. JAMS merupakan organisasi bebas yang bertanggungjawab mengkaji dan menyelesaikan aduan mengenai pematuhan Safe Harbor kami. Kami minta anda mengemukakan sebarang aduan seperti itu secara terus kepada kami terlebih dahulu melalui privacy@dropbox.com. Jika anda tidak berpuas hati dengan respons kami, sila hubungi JAMS di http://www.jamsinternational.com/rules-procedures/safeharbor/file-safe-harbor-claim.

Perubahan

Jika kami terlibat dalam rombakan semula, penggabungan, ambil alih atau penjualan aset kami, maklumat anda mungkin akan dipindahkan sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut. Kami akan memaklumkan anda (contohnya, melalui mesej kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda) berkenaan sebarang perjanjian seperti itu dan menggariskan pilihan anda dalam keadaan tersebut.

Kami boleh menyemak semula Dasar Privasi ini dari masa ke masa, dan akan menyiarkan versi terkini di laman web kami. Jika semakan tersebut mengurangkan hak-hak anda, kami akan memaklumkan anda.

Maklumat hubungan

Ada soalan atau kebimbangan mengenai Dropbox, Perkhidmatan atau privasi kami? Hubungi kami di privacy@dropbox.com.

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Perjanjian Dropbox untuk Perniagaan

Disiarkan: 20 Februari 2014

Berkuat kuasa : 24 March 2014

Perjanjian Dropbox untuk Perniagaan ini ("Perjanjian") dibuat antara Dropbox, Inc., sebuah perbadanan Delaware ("Dropbox") dan organisasi yang bersetuju dengan terma berikut ("Pelanggan"). Perjanjian ini menentukan akses ke dan penggunaan perisian klien Dropbox untuk Perniagaan ("Perisian") dan perkhidmatan (bersama, "Perkhidmatan" atau "Dropbox untuk Perniagaan". Dengan mengklik "Saya Bersetuju," menandatangani kontrak untuk Perkhidmatan atau menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan Perjanjian ini sebagai Pelanggan. Jika anda menyetujui Perjanjian ini untuk penggunaan Perkhidmatan oleh sebuah organisasi, anda menyetujui Perjanjian ini bagi pihak organisasi itu. Anda harus mempunyai kuasa untuk mengikat organisasi tersebut dengan Perjanjian ini, jika tidak, anda tidak seharusnya mendaftar untuk Perkhidmatan.

  1. Perkhidmatan.
    1. Peruntukan Perkhidmatan. Pelanggan dan pengguna daripada akaun Perkhidmatan Pelanggan ("Pengguna Akhir") boleh mengakses dan menggunakan Perkhidmatan menurut Perjanjian ini.
    2. Kemudahan dan Pemprosesan Data. Dropbox akan menggunakan, sekurang-kurangnya, langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi piawaian industri untuk memindah, menyimpan, dan memproses Data Pelanggan. Langkah-langkah ini direka untuk melindungi integriti Data Pelanggan dan melindunginya daripada akses, penggunaan, dan pemprosesan Data Pelanggan yang tidak disahkan atau menyalahi undang-undang. Pelanggan bersetuju bahawa Dropbox boleh memindah, menyimpan, dan memproses Data Pelanggan dalam lokasi selain dari negara Pelanggan. Dropbox telah mengesahkan bahawa ia mematuhi rangka kerja U.S.-E.U. dan Swiss-U.S. Safe Harbor dan prinsip-prinsip mereka. "Data Pelanggan" bermaksud Data Disimpan dan Data Akaun. "Data Disimpan" bermaksud fail dan data berstruktur yang dihantar ke Perkhidmatan oleh Pelanggan atau Pengguna Akhir. "Data Akaun" bermaksud maklumat akaun dan hubungan yang dihantar ke Perkhidmatan oleh Pelanggan atau Pengguna Akhir.
    3. Pengubahsuaian terhadap Perkhidmatan. Dropbox boleh mengemas kini Perkhidmatan dari masa ke semasa. Jika Dropbox mengubah Perkhidmatan dalam keadaan yang mengurangkan kefungsiannya dengan ketara, Dropbox akan memaklumkan Pelanggan melalui alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun.
    4. Perisian. Sesetengah Perkhidmatan membenarkan Pelanggan memuat turun Perisian Dropbox yang boleh mengemas kini secara automatik. Pelanggan boleh menggunakan Perisian hanya untuk mengakses Perkhidmatan. Jika sebarang komponen Perisian ditawarkan di bawah lesen sumber terbuka, Dropbox akan menjadikan lesen tersedia kepada Pelanggan dan peruntukan bagi lesen tersebut dengan jelas boleh membatalkan beberapa terma Perjanjian ini.
  2. Kewajipan Pelanggan.
    1. Pematuhan. Pelanggan bertanggungjawab atas penggunaan Perkhidmatan melalui Pengguna Akhirnya. Pelanggan dan Pengguna Akhirnya harus menggunakan Perkhidmatan dengan mematuhi Dasar Penggunaan Boleh Diterima. Pelanggan akan mendapatkan daripada Pengguna Akhir sebarang persetujuan yang diperlukan untuk membenarkan Pentadbir terlibat dalam aktiviti yang diterangkan dalam Perjanjian ini dan untuk membenarkan Dropbox menyediakan Perkhidmatan. Pelanggan akan patuh dengan undang-undang dan peraturan yang dikenakan terhadap penggunaan Perkhidmatan oleh Pelanggan, jika ada.
    2. Pentadbiran Pelanggan bagi Perkhidmatan. Pelanggan boleh menentukan Pengguna Akhir sebagai "Pentadbir" melalui konsol pentadbir. Pentadbir boleh mempunyai keupayaan untuk mengakses, mendedah, menghalang atau membuang Data Pelanggan di dalam atau daripada akaun Perkhidmatan. Pentadbir juga boleh mempunyai keupayaan untuk memantau, menghalang, atau menamatkan akses kepada akaun Perkhidmatan. Tanggungjawab Dropbox tidak meliputi pengurusan atau pentadbiran dalaman bagi Perkhidmatan. Pelanggan bertanggungjawab untuk: (i) mengekalkan kerahsiaan kata laluan dan akaun Pentadbir; (ii) menguruskan akses terhadap akaun Pentadbir; (iii) memastikan penggunaan Perkhidmatan oleh Pentadbir mematuhi Perjanjian ini.
    3. Penggunaan & Akses yang Tidak Dibenarkan. Pelanggan akan mencegah penggunaan Perkhidmatan yang tidak dibenarkan oleh Pengguna Akhirnya dan menamatkan sebarang penggunaan atau akses ke Perkhidmatan yang tidak dibenarkan. Perkhidmatan tidak ditujukan kepada Pengguna Akhir di bawah umur 13 tahun. Pelanggan akan memastikan bahawa ia tidak membenarkan sebarang individu di bawah 13 tahun menggunakan Perkhidmatan. Pelanggan akan segera memaklumkan Dropbox sebarang penggunaan atau akses ke Perkhidmatan yang tidak dibenarkan.
    4. Penggunaan Terhad. Pelanggan tidak akan (i) menjual, menjual semula, atau memajak Perkhidmatan; (ii) menggunakan Perkhidmatan untuk aktiviti di mana kegunaan atau kegagalan Perkhidmatan boleh menyebabkan kerosakan fizikal, kematian, atau kecederaan peribadi; atau (iii) menyongsangkan kejuruteraan Perkhidmatan, atau mencuba atau membantu orang lain melakukannya, melainkan pembatasan ini dilarang oleh undang-undang.
    5. Permintaan Pihak Ketiga.
      1. "Permintaan Pihak Ketiga" bermaksud permintaan daripada pihak ketiga untuk rekod berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan oleh Pengguna Akhir termasuk maklumat di dalam atau dari akaun Perkhidmatan Pengguna Akhir atau Pelanggan. Permintaan Pihak Ketiga mungkin termasuk waran geledah, perintah mahkamah, atau sepina yang sah, atau apa-apa permintaan lain di mana terdapat kebenaran bertulis daripada Pengguna Akhir membenarkan pendedahan.
      2. Pelanggan bertanggungjawab untuk memberi respons kepada Permintaan Pihak Ketiga melalui aksesnya sendiri terhadap maklumat. Pelanggan akan berusaha untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk memberi respons kepada Permintaan Pihak Ketiga dan akan menghubungi Dropbox hanya jika ia tidak dapat memperoleh maklumat tersebut walaupun telah berusaha keras.
      3. Dropbox akan membuat usaha dagangan bermunasabah, sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang dan oleh terma Permintaan Pihak Ketiga, untuk: (A) segera memaklumkan Pelanggan Dropbox penerimaan Permintaan Pihak Ketiga; (B) mematuhi permintaan dagangan bermunasabah dari segi usahanya untuk menentang Permintaan Pihak Ketiga; dan (C) menyediakan Pelanggan dengan maklumat atau peralatan yang diperlukan kepada Pelanggan untuk memberikan respon kepada Permintaan Pihak Ketiga (jika Pelanggan tidak berjaya mendapatkan maklumat itu). Jika Pelanggan gagal untuk segera memberi respon kepada mana-mana Permintaan Pihak Ketiga, maka Dropbox boleh, tetapi tidak diwajibkan untuk berbuat demikian.
  3. Perkhidmatan Pihak Ketiga. Jika Pelanggan menggunakan sebarang Perkhidmatan Pihak Ketiga (cthnya., perkhidmatan yang menggunakan API Dropbox) dengan Perkhidmatan, (a) Dropbox tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang tindakan atau pengecualian oleh pihak ketiga, termasuk akses ke atau penggunaan Data Pelanggan oleh pihak ketiga dan (b) Dropbox tidak menjamin atau menyokong mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga.
  4. Penggantungan
    1. Berkenaan Akaun Pengguna Akhir oleh Dropbox. Jika Pengguna Akhir (i) melanggar Perjanjian ini atau (ii) menggunakan Perkhidmatan dalam cara yang Dropbox percayai secara munasabah akan menyebabkan liabiliti, maka Dropbox boleh meminta bahawa Pengguna menggantung atau menamatkan akaun Pengguna Akhir berkenaan. Jika Pelanggan gagal untuk segera menggantung atau menamatkan akaun Pengguna Akhir, maka Dropbox boleh berbuat demikian.
    2. Kecemasan Keselamatan. Walau apa pun dalam Perjanjian ini, jika terdapat Kecemasan Keselamatan, maka Dropbox boleh menggantung penggunaan Perkhidmatan secara automatik. Dropbox akan membuat usaha dagangan bermunasabah untuk mengukur dengan teliti penggantungan seperti yang diperlukan untuk mengelak atau menghapuskan Kecemasan Keselamatan. "Kecemasan Keselamatan" bermaksud: (i) penggunaan Perkhidmatan yang sememangnya atau boleh menggangu Perkhidmatan, penggunaan Perkhidmatan pengguna lain, atau infrastruktur yang digunakan untuk menyediakan Perkhidmatan dan (iii) akses pihak ketiga ke Perkhidmatan yang tidak dibenarkan.
  5. Hak Harta Intelek.
    1. Pengekalan Hak. Melainkan dinyatakan dengan jelas di sini, Perjanjian ini tidak memberikan (i) Dropbox sebarang Hak Harta Intelek atas Data Pelanggan atau (ii) Pelanggan sebarang Hak Harta Intelek atas Perkhidmatan atau tanda dagangan dan ciri-ciri penjenamaan Dropbox. "Hak Harta Intelek" bermaksud hak sedunia semasa dan akan datang di bawah paten, hak cipta, rahsia dagangan, tanda dagangan, hak moral, dan hak-hak lain yang serupa.
    2. Keizinan Terhad. Pelanggan hanya memberikan Dropbox hak terhad yang diperlukan sewajarnya untuk Dropbox menawarkan Perkhidmatan (cth. menyediakan Data Simpanan). Keizinan ini juga termasuk kepada pihak ketiga yang dipercayai yang bekerjasama dengan Dropbox untuk menawarkan Perkhidmatan (cth. pembekal pembayaran yang digunakan untuk memproses pembayaran).
    3. Cadangan. Dropbox boleh, mengikut budi bicaranya dan untuk apa jua tujuan, menggunakan, mengubah suai, dan memasukkan ke dalam produk dan perkhidmatannya, lesen dan sublesen, sebarang maklum balas, komen, atau cadangan yang Pelanggan atau Pengguna AKhir hantar kepada Dropbox atau kirim dalam forum Dropbox tanpa sebarang kewajipan terhadap Pelanggan.
    4. Senarai Pelanggan. Dropbox boleh memasukkan nama Pelanggan dalam senarai pelanggan Dropbox pada laman web Dropbox atau dalam bahan promosi.
  6. Bayaran & Pembayaran.
    1. Bayaran. Pelanggan akan membayar, dan mengizinkan Dropbox untuk mengenakan bayaran menggunakan kaedah pembayaran yang dipilih oleh Pelanggan, untuk semua bayaran yang dikenakan. Bayaran tidak boleh dipulangkan kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Pelanggan bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat bil dan hubungan yang lengkap dan tepat kepada Dropbox. Dropbox boleh menggantung atau menamatkan Perkhidmatan sekiranya bayaran tertunggak.
    2. Pembaharuan Automatik dan Percubaan. JIKA AKAUN PELANGGAN DITETAPKAN KEPADA PEMBAHARUAN AUTOMATIK ATAU DALAM TEMPOH PERCUBAAN, DROPBOX BOLEH MENGENAKAN BAYARAN SECARA AUTOMATIK PADA AKHIR PERCUBAAN ATAU SEMASA PERMBAHARUAN, MELAINKAN PELANGGAN MEMAKLUMKAN DROPBOX BAHAWA PELANGGAN INGIN MEMBATALKAN ATAU MELUMPUHKAN PEMBAHARUAN AUTOMATIK. Dropbox boleh menukar kadar Perkhidmatan dengan memberikan Pelanggan notis sekurang-kurangnya 30 hari sebelum caj yang seterusnya.
    3. Cukai. Pelanggan bertanggungjawab untuk semua cukai. Dropbox akan mengenakan cukai apabila perlu berbuat demikian. Jika Pelanggan diperlukan oleh undang-undang untuk tidak membayar cukai, Pelanggan harus memberikan Dropbox resit cukai rasmi atau dokumentasi bersesuaian yang lain.
    4. Pesanan Pembelian. Jika Pelanggan memerlukan penggunaan pesanan pembelian atau nombor pesanan pembelian, Pelanggan (i) harus menyediakan nombor pesanan pembelian semasa pembelian dan (ii) bersetuju bahawa mana-mana terma dan syarat pada pesanan pembelian Pelanggan tidak akan diguna pakai pada Perjanjian ini dan adalah batal dan tidak sah.
  7. Terma & Penamatan.
    1. Terma. Perjanjian ini akan tetap berkuat kuasa sehingga langganan Pelanggan terhadap Perkhidmatan luput atau tamat, atau sehingga Perjanjian ditamatkan.
    2. Penamatan kerana Pelanggaran. Sama ada Dropbox atau Pelanggan boleh menamatkan Perjanjian ini sekiranya: (i) salah satu pihak melanggari syarat Perjanjian dan gagal untuk memulihkan pelanggaran itu dalam masa 30 hari selepas penerimaan notis bertulis atau (ii) salah satu pihak menghentikan operasi perniagaan atau tertakluk kepada prosiding insolvensi dan prosiding tidak diselesaikan dalam masa 90 hari.
    3. Kesan dari Penamatan. Jika Perjanjian ini tamat: (i) hak yang diberikan oleh Dropbox kepada Pelanggan akan berhenti dengan serta-merta (kecuali seperti yang dinyatakan dalam bahagian ini); (ii) Dropbox boleh memberikan Pelanggan akses ke akaunnya pada kadar semasa waktu itu supaya Pelanggan boleh mengeksport Data Simpanannya; dan (iii) selepas tempoh masa yang munasabah, Dropbox boleh menghapuskan sebarang Data Simpanan berkaitan dengan akaun Pelanggan. Bahagian berikut akan terus berkuat kuasa selepas luput atau penamatan bagi Perjanjian ini: 2(e) (Permintaan Pihak Ketiga), 5 (Hak Harta Intelek), 6 (Bayaran & Pembayaran), 7(c) (Kesan dari Penamatan), 8 (Ganti Rugi), 9 (Penafian), 10 (Liabiliti Terhad), 11 (Pertikaian), dan 12 (Pelbagai).
  8. Ganti Rugi.
    1. Oleh Pelanggan. Pelanggan akan melindungi, membela, dan tidak memudaratkan Dropbox daripada dan terhadap semua liabiliti, kerosakan, dan kos (termasuk kos penyelesaian dan bayaran guaman yang munasabah) yang timbul daripada sebarang tuntutan oleh pihak ketiga terhadap Dropbox dan sekutunya berkenaan: (i) Data Pelanggan; (ii) Penggunaan Perkhidmatan oleh Pelanggan melanggar Perjanjian ini; atau (iii) Penggunaan Perkhidmatan oleh Pengguna Akhir melanggar Perjanjian ini.
    2. Oleh Dropbox. Dropbox akan melindungi, membela, dan tidak memudaratkan Pelanggan daripada dan terhadap semua liabiliti, kerosakan, dan kos (termasuk kos penyelesaian dan bayaran guaman yang munasabah) yang timbul daripada sebarang tuntutan oleh pihak ketiga terhadap Pelanggan setakat berdasarkan dakwaan bahawa teknologi Dropbox yang digunakan untuk menyediakan Perkhidmatan kepada Pelanggan melanggar atau menyalah guna sebarang hak cipta, rahsia dagangan, paten A.S., atau hak tanda dagangan pihak ketiga. Dalam apa jua keadaan sekali pun Dropbox tidak mempunyai kewajipan atau liabiliti di bawah bahagian ini yang timbul daripada: (i) penggunaan mana-mana Perkhidmatan dalam bentuk yang diubah suai atau kombinasi bersama material yang tidak disediakan oleh Dropbox dan (ii) sebarang kandungan, maklumat, atau data yang disediakan oleh Pelanggan, Pengguna Akhir, atau pihak ketiga yang lain.
    3. Kemungkinan Pelanggaran. Jika Dropbox percaya bahawa Perkhidmatan melanggar atau boleh dituduh melanggar Hak Harta Intelek pihak ketiga, maka Dropbox boleh: (i) mendapatkan hak untuk Pelanggan, atas tanggungan Dropbox, untuk terus menggunakan Perkhidmatan; (ii) menyediakan penggantian serupa dari segi fungsi yang tidak melanggar; atau (iii) mengubah suai Perkhidmatan supaya ia tidak lagi melanggar. Jika Dropbox tidak mempercayai bahawa pilihan yang diterangkan dalam bahagian ini munasabah, maka Dropbox boleh menggantung atau menamatkan penggunaan Pelanggan daripada Perkhidmatan yang terlibat (dengan pulangan kembali bayaran prabayar prorata untuk Perkhidmatan.
    4. Umum. Pihak yang meminta ganti rugi akan segera memaklumkan pihak lain mengenai tuntutan dan bekerjasama dengan pihak itu dalam membela tuntutan. Pihak yang menuntut ganti rugi akan mempunyai kawalan penuh dan berkuasa ke atas pembelaan, kecuali jika: (i) sebarang penyelesaian memerlukan pihak menuntut ganti rugi untuk mengaku liabiliti memerlukan persetujuan bertulis terlebih dahulu, tanpa menyimpan atau menangguh tanpa munasabah dan (ii) pihak lain boleh menyertai dalam pembelaan dengan peguam pembelanya sendiri atas tanggungannya sendiri. GANTI RUGI DI ATAS ADALAH SATU-SATUNYA REMEDI DROBOX DAN PELANGGAN DI BAWAH PERJANJIAN INI UNTUK PELANGGARAN OLEH PIHAK LAIN BERKENAAN HAK HARTA INTELEK PIHAK KETIGA.
  9. Penafian. PERKHIDMATAN ADALAH DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA SEDIA ADA" SELUAS YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KECUALI DINYATAKAN DENGAN JELAS DALAM PERJANJIAN INI, KEDUA-DUA PELANGGAN ATAU DROPBOX DAN SEKUTUNYA, PEMBEKAL, DAN PENGEDAR TIDAK BOLEH MEMBUAT SEBARANG JAMINAN DALAM APA JUA BENTUK, SAMA ADA NYATA, TERSIRAT, BERKANUN ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK PENGGUNAAN TERTENTU, ATAU KETIDAKLANGGARAN. PELANGGAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENYELENGGARA DAN MENYANDAR SEBARANG DATA SIMPANAN.
  10. Pembatasan Liabiliti.
    1. Pembatasan pada Liabiliti Tidak Langsung. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KECUALI UNTUK KEWAJIPAN TUNTUTAN GANTI RUGI DROPBOX ATAU PELANGGAN, MANA-MANA PELANGGAN ATAU DROPBOX DAN SEKUTU, PEMBEKAL, DAN PENGEDARNYA TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DI BAWAH PERJANJIAN INI UNTUK (I) KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, TIDAK SENGAJA, SAMPINGAN, TELADAN, ATAU PUNITIF, SEKALI PUN JIKA PIHAK ITU MENGETAHUI ATAU SEPATUTNYA MENGETAHUI BAHAWA KEROSAKAN SEPERTI ITU BOLEH TERJADI DAN SEKALI PUN JIKA REMEDI GAGAL MEMBERIKAN TUJUAN ASALNYA.
    2. Pembatasan pada Jumah Liabiliti. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, LIABILITI AGREGAT DROPBOX DI BAWAH PERJANJIAN INI TIDAK AKAN MELEBIHI KURANG DARIPADA $100,000 ATAU JUMLAH YANG DIBAYAR OLEH PELANGGAN KEPADA DROPBOX DI BAWAH INI SEMASA DUA BELAS BULAN SEBELUM TERJADINYA PERISTIWA YANG MENIMBULKAN LIABILITI.
  11. Pertikaian.
    1. Penyelesaian Luar Mahkamah. Dropbox ingin menyelesaikan masalah anda tanpa melibatkan kes mahkamah rasmi. Sebelum membuat tuntutan, setiap pihak bersetuju untuk cuba menyelesaikan pertikaian dengan menghubungi pihak yang lain melalui prosedur notis dalam bahagian 12(e). Jika pertikaian tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari daripada notis, Pelanggan atau Dropbox boleh membawa prosiding rasmi.
    2. Persetujuan untuk Menimbang Tara. Pelanggan dan Dropbox bersetuju untuk menyelesaikan sebarang tuntutan berkenaan Perjanjian ini atau Perkhidmatan melalui timbang tara yang muktamad dan mengikat, kecuali seperti yang dinyatakan di bawah. American Arbitration Association (AAA) akan mentadbir timbang tara di bawah Peraturan Timbang Tara Komersial. Timbang tara akan diadakan di San Francisco (CA), atau mana-mana lokasi lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak secara bertulis.
    3. Pengecualian terhadap Persetujuan untuk Menimbang Tara. Mana-mana pihak boleh membawa tuntutan mahkamah dalam mahkamah persekutuan atau wilayah San Francisco County, California semata-mata untuk relief injunksi untuk menghentikan penggunaan tidak dibenarkan atau penyalahgunaan Perkhidmatan atau pelanggaran Hak Harta Intelek tanpa terlebih dahulu terlibat dalam proses notis pertikaian tidak rasmi seperti yang diterangkan di atas. Kedua-dua Pelanggan dan Dropbox bersetuju dengan tempat dan bidang kuasa peribadi di sana.
    4. TIADA TUNTUTAN KUMPULAN. Pelanggan hanya boleh menyelesaikan pertikaian dengan Dropbox pada dasar individu dan tidak akan membawa tuntutan dalam kumpulan, gabungan, atau tuntutan berwakil. Timbang tara kumpulan, tuntutan kumpulan, tuntutan peguam negara secara sulit, dan gabungan dengan timbang tara yang lain tidak dibenarkan.
  12. Pelbagai.
    1. Pengubahsuaian Terma. Dropbox boleh menukar Perjanjian ini dari masa ke semasa dan versi terkini akan sentiasa dipaparkan pada laman web Dropbox untuk Perniagaan. Jika pengubahsuaian, mengikut budi bacara Dropbox, adalah penting, Dropbox akan memaklumkan Pelanggan (dengan, sebagai contoh, menghantar e-mel kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun berkenaan). Pertukaran lain mungkin akan dipaparkan di blog Dropbox atau halaman terma, dan Pelanggan bertanggungjawab untuk menyemak kiriman seperti itu dengan kerap. Dengan meneruskan akses atau menggunakan Perkhidmatan selepas pengubahsuaian berkuat kuasa, Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian yang diubah suai. Jika Pelanggan tidak bersetuju dengan terma Perjanjian yang diubah suai, Pelanggan boleh menamatkan Perkhidmatan dalam tempoh 30 hari daripada penerimaan notis pengubahsuaian.
    2. Keseluruhan Perjanjian. Perjanjian ini, termasuk invois Pelanggan dan borang pesanan, membentuk keseluruhan perjanjian di antara Pelanggan dan Dropbox dengan merujuk kepada isi kandungan Perjanjian ini dan membatalkan serta menggantikan sebarang persefahaman dan perjanjian sementara sebelum ini, sama ada bertulis atau lisan, dengan merujuk kepada isi kandungan Perjanjian ini. Jika terdapat percanggahan antara dokumen yang membentuk Perjanjian ini, dokumen akan mempunyai kuasa dalam turutan berikut: invois, borang pesanan, Perjanjian.
    3. Undang-undang yang Mentadbir. PERJANJIAN INI AKAN DITADBIR OLEH UNDANG-UNDANG CALIFORNIA KECUALI JIKA BERCANGGAH DENGAN PRINSIP UNDANG-UNDANGNYA.
    4. Kebolehasingan. Peruntukan yang tidak boleh dikuatkuasakan akan diubahsuai untuk menggambarkan tujuan pihak-pihak dan hanya untuk setakat yang diperlukan untuk menjadikannya boleh dikuatkuasakan, dan peruntukan selebihnya dari Perjanjian ini akan kekal berkuat kuasa.
    5. Notis. Notis hendaklah dihantar melalui mel kelas pertama, mel udara, atau kurier semalaman dan dianggap telah diberikan apabila diterima. Notis kepada Pelanggan juga boleh dihantar kepada alamat e-mel akaun yang berkenaan dan dianggap telah diberikan apabila dihantar. Notis kepada Dropbox hendaklah dihantar kepada Dropbox, Inc., P.O. Box 77767, San Francisco, CA 94107, dengan salinan kepada Jabatan Undang-undang.
    6. Penepian. Penepian bagi sebarang perintah mahkamah bukanlah penepian bagi sebarang perintah mahkamah susulan.
    7. Penyerahan. Pelanggan tidak boleh menyerahkan atau memindahkan Perjanjian ini atau sebarang hak atau kewajipan di bawah Perjanjian ini tanpa kebenaran bertulis dari Dropbox. Dropbox tidak boleh menyerahkan Perjanjian ini tanpa menyediakan notis kepada Pelanggan, kecuali Dropbox boleh menyerahkan Perjanjian ini atau sebarang hak atau kewajipan di bawah Perjanjian ini kepada sekutu atau berhubung dengan penggabungan, pengambilalihan, rombakan semula organisasi, atau jualan bagi semua atau hampir semua asetnya tanpa menyediakan notis. Sebarang cubaan lain untuk memindahkan atau menugaskan adalah tidak sah.
    8. Tiada Agensi. Dropbox dan Pelanggan bukanlah rakan kongsi sah atau ejen, tetapi merupakan kontraktor bebas.
    9. Force Majeure. Kecuali untuk kewajipan pembayaran, mana-mana Dropbox atau Pelanggan tidak akan bertanggungjawab terhadap prestasi tidak memuaskan setakat yang disebabkan oleh keadaaan yang di luar kawalan munasabah pihak (sebagai contoh, malapetaka semula jadi, peperangan atau keganasan, rusuhan, situasi buruh, tindakan kerajaan, dan gangguan Internet).
    10. Tiada Benefisiari Pihak Ketiga. Tiada benefisiari pihak ketiga dalam Perjanjian ini. Tanpa membataskan bahagian ini, Pengguna Akhir Pelanggan bukan benefisiari pihak ketiga kepada hak Pelanggan di bawah Perjanjian ini.
    11. Pembatasan Eksport. Eksport dan eksport semula Data Pelanggan melalui Perkhidmatan boleh dikawal oleh Peraturan Pentadbiran Eksport Amerika Syarikat atau pembatasan eksport berkenaan yang lain atau embargo. Perkhidmatan mungkin tidak digunakan di Cuba; Iran; Korea Utara; Sudan; atau Syria atau mana-mana negara yang tertakluk dengan embargo oleh Amerika Syarikat dan Pelanggan tidak boleh menggunakan Perkhidmatan yang melanggar sebarang pembatasan eksport atau embargo oleh Amerika Syarikat atau bidang kuasa berkenaan yang lain. Selain itu, Pelanggan harus memastikan bahawa Perkhidmatan tidak disediakan kepada individu-individu yang tersenarai di dalam United States Table of Denial Orders, the Entity List, atau pun the List of Specially Designated Nationals.

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Dasar DMCA Dropbox

Dropbox (“Dropbox”) menghormati hak milik intelektual orang lain dan menghendaki penggunanya untuk melakukan yang sama. Selaras dengan Digital Millennium Copyright Act bagi tahun 1998, yang mana teksnya boleh didapati di laman web Pejabat Hak Cipta A.S. di http://www.copyright.gov/legislation/dmca.pdf, Dropbox akan memberi respons dengan pantas terhadap dakwaan pelanggaran hak cipta yang dilakukan menggunakan perkhidmatan Dropbox dan/atau laman web Dropbox (“Tapak”) jika dakwaan tersebut dilaporkan kepada Ejen Hak Cipta Khusus Dropbox yang dikenal pasti dalam notis contoh di bawah.

Jika anda adalah pemilik hak cipta, dibenarkan untuk bertindak bagi pihak pemilik, atau dibenarkan untuk bertindak di bawah sebarang hak eksklusif di bawah hak cipta, sila laporkan dakwaan pelanggaran hak cipta yang berlaku pada atau melalui Tapak dengan melengkapkan Notis Dakwaan Pelanggaran DMCA berikut dan menghantarkannya ke Ejen Hak Cipta Khusus Dropbox. Selepas menerima Notis seperti yang diterangkan di bawah, Dropbox akan mengambil apa-apa tindakan, mengikut budi bicaranya sendiri, yang dianggap sesuai, termasuk pembuangan kandungan yang dicabar daripada Tapak.

Notis Dakwaan Pelanggaran DMCA ("Notis")

  1. Kenal pasti karya hak cipta yang anda dakwa telah dilanggar, atau - jika karya berhak cipta telah diliputi oleh Notis ini - anda boleh memberi senarai wakil karya berhak cipta yang anda dakwa telah dilanggar.

  2. Kenal pasti bahan atau pautan yang anda dakwa melanggar (atau menjadi bahan bagi aktiviti yang melanggar) dan yang akses kepadanya telah dinyahdayakan, termasuk pada minimum, jika berkenaan, URL pautan yang dipaparkan di Tapak atau lokasi sebenarnya di mana bahan tersebut boleh didapati.

  3. Berikan ahli gabungan syarikat anda (jika berkenaan), alamat mel, nombor telefon, dan, jika ada, alamat e-mel.

  4. Masukkan kedua-dua pernyataan yang berikut dalam isi Notis itu:
    • “I hereby state that I have a good faith belief that the disputed use of the copyrighted material is not authorized by the copyright owner, its agent, or the law (e.g., as a fair use).” (“Saya dengan ini menyatakan bahawa saya mempunyai kepercayaan dengan niat baik bahawa pertikaian penggunaan bahan hak cipta tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau undang-undang (contohnya, sebagai penggunaan yang adil).”)

    • “I hereby state that the information in this Notice is accurate and, under penalty of perjury, that I am the owner, or authorized to act on behalf of, the owner, of the copyright or of an exclusive right under the copyright that is allegedly infringed.” (“Saya dengan ini menyatakan bahawa maklumat dalam Notis ini adalah tepat dan, di bawah hukuman sumpah bohong, bahawa saya merupakan pemilik, atau diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik, hak cipta atau hak eksklusif di bawah hak cipta yang didakwa telah dilanggar.”)

  5. Berikan nama penuh anda yang sah dan tandatangan elektronik atau fizikal anda.

Hantarkan Notis ini, dengan semua item dilengkapkan, kepada Ejen Hak Cipta Khusus Dropbox:

Copyright Agent
Dropbox Inc.
185 Berry Street, Suite 400
San Francisco, CA 94107
copyright@dropbox.com

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Dasar Penggunaan Dropbox Yang Boleh Diterima

Dropbox digunakan oleh jutaan orang, dan kami berbangga dengan kepercayaan yang diberikan kepada kami. Sebagai balasan, kami percaya anda menggunakan perkhidmatan kami dengan penuh tanggungjawab.

Anda bersetuju untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan Dropbox ("Perkhidmatan") atau membantu orang lain untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, anda tidak boleh cuba melakukan mana-mana yang berikut berhubung dengan Perkhidmatan:

  • menyiasat, mengimbas, atau menguji kelemahan mana-mana sistem atau rangkaian;
  • pelanggaran atau sebaliknya memintasi sebarang langkah keselamatan atau pengesahan;
  • mengakses, mengusik, atau menggunakan kawasan atau bahagian Perkhidmatan yang bukan untuk umum, atau kawasan Perkhidmatan kongsian yang anda tidak diundang;
  • mengganggu atau mengendalakan sebarang pengguna, hos, atau rangkaian, sebagai contoh dengan menghantar virus, pemuatan yang berlebihan, pembanjiran, penspaman, atau pengeboman mel pada mana-mana bahagian Perkhidmatan;
  • mengakses, mencari, atau mencipta akaun untuk Perkhidmatan dengan sebarang cara lain daripada antara muka kami yang disokong secara awam (contohnya, "mengikis" atau mencipta akaun secara pukal);
  • menghantar komunikasi yang tidak diminta, promosi atau iklan, atau spam;
  • menghantar maklumat yang diubah, memperdaya atau kenal pasti bersumber palsu, termasuk "spoofing" atau "phishing";
  • menggalakkan atau mengiklankan produk atau perkhidmatan selain milik anda sendiri tanpa pengesahan yang sewajarnya;
  • menyalahgunakan rujukan atau promosi untuk mendapatkan lebih banyak ruang simpanan daripada yang berhak diterima;
  • memintas had ruang simpanan;
  • menjual Perkhidmatan melainkan dibenarkan untuk berbuat demikian;
  • menyiar atau berkongsi bahan lucah atau tidak sopan yang melanggar undang-undang, atau yang mengandungi aksi ganas yang melampau;
  • menyokong ketaksuban atau kebencian terhadap mana-mana orang atau sekumpulan orang berdasarkan bangsa, agama, etnik, jantina, identiti jantina, kecenderungan seksual, kehilangan upaya, atau kecacatan mereka;
  • melanggar undang-undang dalam apa jua cara, termasuk menyimpan, menyiar atau berkongsi bahan yang palsu, fitnah, atau mengelirukan; atau
  • melanggar privasi atau melanggar hak orang lain.